Sesuai dengan konsep backpacking, kami menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan teksi sepanjang berada di Korea Selatan, termasuk perjalanan dari dan ke Incheon International Airport. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk menggunakan airport bus atau teksi limo untuk perjalanan dari dan ke Incheon International Airport dan bayaran tambahan akan dikenakan.

Pengangkutan Awam ke Nami Island
Bagi anda yang ingin ke Nami Island, anda boleh menggunakan sama ada subway biasa atau Intercity Train Express (ITX) untuk ke sana. Untuk makluman anda, penggunaan subway biasa akan mengambil masa dan memenatkan, namun ia adalah murah daripada menggunakan ITX. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin menggunakan ITX untuk ke Nami Island, bayaran tambahan akan dikenakan

Pengangkutan Awam ke Everland

Bagi anda yang ingin ke Everland, anda boleh menggunakan sama ada subway biasa dan kemudian menaiki bas ke Everland, atau menggunakan shuttle bus untuk terus ke sana. Untuk makluman anda, penggunaan subway dan bas biasa akan mengambil masa dan memenatkan, namun ia adalah murah daripada menggunakan shuttle bus. Walau bagaimanapun, sekiranya anda ingin menggunakan shuttle bus untuk ke Everland, bayaran tambahan akan dikenakan.

Penginapan
Biasanya kami memilih penginapan berkonsepkan guest house yang terletak sama ada di Myeong-dong atau pun Namdaemun. Ini adalah kerana Myeong-dong dan Namdaemun adalah tempat popular di kalangan pelancong terutamanya dari Malaysia. Pergerakan ke sesuatu tempat juga adalah mudah sekiranya menginap di sekitar Myeong-dong atau Namdaemun dan anda juga boleh pergi membeli-belah di kawasan Myeong-dong atau Namdaemun sekiranya terdapat kelapangan masa.
Penginapan adalah berkonsepkan sharing room with private bathroom. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat request untuk tidak berkongsi bilik, kami sedia membantu anda. Namun, bayaran tambahan akan dikenakan.
Makanan Halal

Disebabkan Korea Selatan adalah bukan sebuah negara Islam, maka restoran halal adalah sukar ditemui dan sekiranya ada, harga yang dikenakan adalah mahal. Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh menikmati makanan Korea di sana. Kami akan membawa anda ke restoran Korea yang menyediakan makanan daripada sumber yang halal seperti sayur-sayuran dan makanan laut.