Soalan anda:
Adakah pakej yang ditawarkan oleh Hana Muslim Tour adalah termasuk tiket penerbangan?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Tidak. Tiket penerbangan tidak diuruskan oleh Hana Muslim Tour. Anda perlu menguruskannya sendiri. :) Kami hanya menyediakan perkhidmatan ground sahaja. ;)

Soalan anda:
Bagaimanakah cara pembayaran bagi pakej yang ditawarkan oleh Hana Muslim Tour?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Pembayaran hendaklah dibuat dalam Korean Won. Untuk pengesahan tempahan dan bagi mengelakkan pembatalan di saat-saat akhir, deposti sebanyak RM200 perlu dibayar tanpa mengambil kira bilangan orang di dalam kumpulan tersebut. Melainkan sekiranya terdapat bayaran pendahuluan yang perlu dibayar kepada guest house untuk tempahan, kami akan maklumkan jumlah yang perlu ditransferkan kepada kami sebagai deposit. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami di hanamuslimtour@gmail.com
Soalan anda:

Soalan anda:
Apakah yang termasuk di dalam pakej Hana Muslim Tour?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Hana Muslim Tour menguruskan penginapan (accomodation), makanan halal (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam), tour guide fees, bayaran masuk ke tempat lawatan (entrance fees), dan pengangkutan (transportation fees) di mana kami menggunakan pengangkutan awam seperti subway, bas dan teksi.

Soalan anda:
Adakah kami boleh menukar itinerary sedia ada?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Ya. Walau bagaimanapun, sebarang perubahan pada itinerary tersebut akan dikenakan bayaran tambahan (jika perlu).

Soalan anda:
Apakah jenis penginapan yang disediakan oleh Hana Muslim Tour?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Sesuai dengan konsep Hana Muslim Tour yang menyediakan perkhidmatan pelancongan secara backpacking, penginapan yang disediakan oleh kami adalah bercirikan guest house, sharing room with private bathroom.

Soalan anda:
Adakah kami boleh menukar tempat penginapan?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Ya. Anda boleh menukar tempat penginapan. Walau bagaimanapun, bayaran tambahan akan dikenakan (jika perlu). Sila rujuk laman web www.agoda.com untuk penginapan pilihan anda dan nyatakan request anda kepada kami. Kami sedia membantu anda. :)

Soalan anda:
Apakah jenis makanan yang disediakan?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Disebabkan makanan halal sukar didapati di Korea Selatan dan agak mahal, maka kami akan membawa anda untuk makan di restoran yang menyediakan makanan daripada sumber yang halal seperti sayur-sayuran dan ikan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat request untuk makan di restoran halal seperti restoran Pakistan atau pun India, maka bayaran tambahan akan dikenakan.
Soalan anda:
Apakah musim-musim yang terdapat di Korea?
Jawapan Hana Muslim Tour:

Soalan anda:
Apakah musim-musim yang terdapat di Korea?
Jawapan Hana Muslim Tour:
Musim sejuk (Winter): Disember hingga Mac
Musim bunga (Spring): Mac hingga Mei
Musim panas (Summer): Jun hingga September
Musim luruh (Autumn): September hingga November
Musim bunga (Spring): Mac hingga Mei
Musim panas (Summer): Jun hingga September
Musim luruh (Autumn): September hingga November