5 Istana Utama di Seoul
Terdapat 5 Istana Utama di Seoul semasa Dinasti Joseon seperti berikut:
Gyeongbokgung atau juga dikenali sebagai Istana Gyeongbokgung atau Istana Gyeongbok yang bermaksud Palace (Gung) dan Greatly Blessed by Heaven (Gyeongbok). Istana ini terletak di utara Seoul, Korea Selatan dan merupakan istana utama dan terbesar di kalangan Lima Istana Utama yang dibina semasa Dinasti Joseon. Istana ini pada asalnya dibina pada tahun 1394 oleh King Taejo, iaitu raja yang pertama dan juga pengasas Dinasti Joseon. Di Gyeongbokgung juga terdapat National Folk Museum of Korea, National Palace Museum of Korea dan taman-taman tradisional Korea. (Sumber: Wikipedia)
Changdeokgung atau juga dikenali sebagai Istana Changdeokgung atau Istana Changdeok yang bermaksud Prospering Virtue Palace. Memandangkan istana ini terletak di timur Istana Gyeongbok, Changdeokgung juga dirujuk sebaga Istana Timur (Donggwol). Changdeokgung adalah istana kedua selepas Gyeongbokgung dan telah tersenarai di dalam UNESCO World Heritage List pada tahun 1997. Sebahagian daripada istana ini telah digunakan dalam drama Korea popular iaitu Dae Jang Geum. (Sumber: Wikipedia)
Deoksugung atau juga dikenali sebagai Gyeongun-gung, Istana Deoksugung atau Istana Deoksu, pada asalnya merupakan kediaman Prince Wolsan, abang kepada King Seongjong. Kediaman ini menjadi istana diraja semasa perang Imjin selepas semua istana lain telah dibakar pada tahun 1592. (Sumber: Wikipedia)
Changgyeonggung atau juga dikenali sebagai Istana Changgyeong juga dirujuk sebagai Istana Timur (Donggwol). Pada asalnya ia merupakan Istana Musim Panas Maharaja Goryeo, kemudiannya ia dijadikan salah satu Lima Istana Utama Dinasti Joseon. (Sumber: Wikipedia)
Gyeonghuigung atau juga dikenali sebagai Istana Gyeonghui yang bermaksud Palace of Serene Harmony. Ia merupakan istana kedua raja dan memandangkan ia terletak di barat Seoul, ia juga dipanggil sebagai Seogwol (istana barat). Istana kedua biasanya digunakan oleh raja semasa kecemasan. (Sumber: Wikipedia)
National Folk Museum
National Folk Museum adalan muzium kebangsaan Korea Selatan yang terletak di dalam kawasan Istana Gyeongbokgung dan menggunakan replika objek sejarah untuk mengilustrasi sejarah kehidupan tradisional orang Korea. Rekabentuk bangunan adalah berdasarkan pelbagai bangunan bersejarah di Korea Selatan. (Sumber: Wikipedia)
Gwanghwamun Square
Gwanghwamun Square atau juga dikenali sebagai Gwanghwamun Plaza adalah tempat awam yang terletak di Sejongno, Korea Selatan. Di plaza ini terletak pancuran air sebagai menghargai pencapaian Admiral Yi Sun-sin semasa Perang Imjin. Di Gwanghwamun Square juga terdapat patung King Sejong the Great of Joseon dan ruang pameran yang memaparkan informasi mengenai kehidupan dan pencapaiannya. (Sumber: Wikipedia)
Gwanghwamun Square
Cheonggyecheon Stream
Cheonggyecheon Stream adalah tempat rekreasi awam sepanjang 8.4 km yang terletak di Seoul. Ia merupakan sebuah sungai yang telah dibangunkan semula menjadi sebuah aliran sungai yang bersih di tengah-tengah pusat bandar Seoul. Ia adalah tempat yang popular di kalangan penduduk bandar dan juga pelancong. (Sumber: Wikipedia)
Namiseom
Namiseom atau lebih dikenali sebagai Nami Island, adalah pulau berbentuk bulan separuh dan terletak di Chuncheon, Korea Selatan. Ia telah dinamakan sempena nama Jeneral Nami, yang mati diusia 28 tahun selepas dituduh menderhaka semasa pemerintahan King Sejo, raja ketujuh Dinasti Joseon. Pada tahun 1965, Nami Island telah dibeli oleh bekas Gabenor Bank of Korea, Encik Minn Byeong-do yang kemudiannya telah membangunkan Nami Island menjadi sebuah bandar peranginan. Nami Island telah menjadi lokasi perfileman drama-drama Korea seperti Winter Sonata dan kini menjadi salah satu tempat tarikan pelancong hasil kejayaan drama-drama Korea tersebut. (Sumber: Wikipedia)
Sindang-dong Tteokbokki
Tteokbokki juga dikenali sebagai ddeokbokki atau topokki adalah makanan snek tradisional Korea yang popular yang biasanya dijual di tepi jalan. Sindang-dong, Seoul adalah tempat dimana tteokbokki mula-mula dijual dan merupakan pusat menjual tteokbokki. (Sumber: Wikipedia)
Myeong-dong
Myeong-dong, yang bermaksud bright town terletak di Jung-gu, Seoul di antara Chungmu-ro, Eulji-ro dan Namdaemun-ro. Ia adalah kawasan komersil dan menjadi salah satu lokasi membeli belah dan pelancongan utama di Seoul. Pelbagai kedai terdapat di Myeong-dong seperti Lacoste, Polo Ralph Lauren, Forever 21, Bulgari dan Louis Vuitton dan juga jenama kosmetik Korea seperti Nature Republic, Missha, The Face Shop dan Skin Food. Ia adalah popular di kalangan muda-mudi dan pelancong kerana ia adalah pusat fesyen dan pemandangan. Terdapat juga pusat membeli-belah seperti Lotte Department Store, Shinsegae Department Store, Migliore, M Plaza dan Noon Square. (Sumber: Wikipedia)
N Seoul Tower
Seoul Central Mosque
Seoul Central Mosque adalah satu-satunya masjid yang terdapat di Seoul. Ia telah dibuka pada tahun 1976 dan terletak di Itaewon, Seoul. Di sini terdapat ceramah-ceramah agama di dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan juga Bahasa Korea. Pada hari Jumaat, seramai 800 orang jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid ini yang majoritinya berbangsa Arab, India, Pakistan dan Turki. Memandangkan masjid ini adalah satu-satunya masjid di Seoul, ia telah menjadi tarikan pelancong dan juga orang Korea melawat pada hari minggu untuk mendengar ceramah tentang Islam.(Sumber: Wikipedia)
Dongdaemun
Dongdaemun yang bermaksud Great East Gate adalah satu daripada Eight Gates of Seoul yang terdapat di Seoul. Ia telah dibina oleh King Taejo semasa pemerintahannya pada tahun 1398 dan telah dibina semula pada tahun 1869. Di sekitar kawasan Dongdaemun, terdapat Dongdaemun Market iaitu pusat membeli-belah yang terbesar di Korea Selatan yang bukan sahaja dibuka pada waktu siang tetapi meriah juga di waktu malam. (Sumber: Wikipedia)
Dongdaemun Market adalah kawasan komersial yang terdiri daripada pasar tradisional dan pusat membeli belah serta merupakan destinasi membeli belah dan pelancongan yang popular. Ia telah dibuka pada tahun 1905. Ia kemudian telah dibina semula setelah tamat perang Korea pada tahun 1959. Di Dongdaemun Market terdapat pelbagai barangan seperti kain sutera, pakaian, kasut , barangan sukan, elektronik, barangan pejabat, permainan dan sebagainya. (Sumber: Wikipedia)
Lotte World
Lotte World adalah pusat rekreasi utama di Seoul yang telah dibuka pada tahun 1989. Ia terdiri daripada taman tema dalam bangunan yang terbesar di dunia, taman hiburan yang dikenali sebagai Magic Island, pusat membeli belah, hotel, muzium rakyat Korea, kemudahan sukan dan panggung wayang. Ia menerima jutaan pengunjung setiap tahun dan merupakan salah satu taman tema bertaraf dunia di Asia. (Sumber: Wikipedia)
Namdaemun
Namdaemun Market adalah pasar tradisional yang terbesar di Seoul dan tertua di Korea Selatan yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul. Di sini terdapat kedai yang menjual pakaian kanak-kanak, pakaian lelaki dan perempuan, barangan kegunaan harian, barangan dapur serta produk tempatan dan produk yang diimport. Kebanyakan kedai mempunyai kilang mereka masing-masing dan mereka membuat produk tersebut sendiri serta menjualnya dengan harga yang murah. (Sumber: Wikipedia)