Apa itu Backpacking?

Backpacking adalah satu bentuk kembara/perjalanan/pelancongan yang berkos rendah dan bebas. Ia termasuk penggunaan backpack atau lain-lain bagasi yang senang dibawa untuk perjalanan yang jauh atau lama, penggunaan pengangkutan awam, penginapan yang murah / budget seperti youth hostel dan juga guest house, perjalanan yang mengambil masa yang lama jika dibandingkan dengan percutian biasa, dan juga minat untuk berjumpa rakyat tempatan dan melihat pemandangan. Kebiasaannya backpacking dilakukan oleh mereka yang tidak mahu berbelanja lebih untuk hotel dan kenderaan peribadi serta mereka yang sukakan cabaran. Backpacking lebih berkonsepkan pendidikan kerana para backpacker ingin merasai destinasi sebenar dan bukannya hanya percutian semata-mata. (Sumber: Wikipedia)